Monday, July 26, 2010

YKSNS kesal permohonan rumah perlindungan tidak dilayan

Berita Harian 26 Julai 2010

SAYA terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca dan rakyat Malaysia berhubung peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dakwah di negara ini yang kini dilihat semakin hebat dan membanggakan dalam membantu kerajaan dan rakyat untuk membela serta memperjuangkan perkara yang wajar.

Jika kita renungkan sejak beberapa tahun lalu sehingga kini begitu banyak NGO merealisasikan program serta membantu kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat manfaat darinya. Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) di bawah pimpinan Muhammad Adnan Abdullah, menyaksikan lebih ramai golongan yang mempunyai masalah dan kekurangan pendapatan dapat dibantu. Dengan bantuan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Mufti, YKSNS menjalankan program kemasyarakatan untuk mendekati masyarakat dengan lebih rapat.

Dengan kerjasama dan sokongan yang diberikan MAINS, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, kepercayaan masyarakat bertambah dari tahun ke tahun sejak penubuhannya.

Pengalaman YKSNS dalam menguruskan kes berkaitan saudara baru, membuktikan kesungguhan mereka membantu dan menangani isu kekurangan bantuan serta tiada pendapatan tetap. Dengan usaha dan bantuan beberapa badan kerajaan dan swasta mereka dilihat amat prihatin dalam bidang dakwah dan juga memainkan peranan yang tinggi di Negeri Sembilan.

Namun YKSNS, tetap menghadapi masalah berkaitan pembelian rumah perlindungan bagi menempatkan mereka yang memerlukan.

Surat dan profil sudah dihantar kepada semua menteri Kabinet, namun tidak juga dapat merealisasikan pembelian rumah perlindungan itu.

Apakah sukar sangat untuk membantu dengan sedikit daripada pendapatan kita sebulan?

Apalah kiranya jika ada pihak yang sudi tampil dan menghulurkan bantuan. YKSNS sudah berusaha untuk menyampaikan kepada masyarakat akan kewujudan mereka. Mereka tidak memaksa untuk membantu, tetapi merelakan diri demi untuk membantu segelintir masyarakat kita.

Kita harus sedar akan perkara ini dan menghulurkan bantuan kepada mereka agar masalah yang dihadapi segelintir masyarakat dapat dibantu dengan niat suci.

JIWA BELIA, Sri Menanti,
Negeri Sembilan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/YKSNSkesalpermohonanrumahperlindungantidakdilayan/Article

Wednesday, April 14, 2010

Konvoi Viva GAZA 8 Mei 2010 Malaysia


KONVOI VIVA GAZA DAN PERHIMPUNAN PERDANA
Tarikh : 8 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat : Stadium Melawati Shah Alam.

Usaha Yang Digerakkan Oleh Gabungan NGO-NGO Dunia Demi Membantu Gaza Yang Kini Dibina Tembok Sekelilingnya Untuk Membunuh Rakyatnya

Anjuran : http://www.lifeline4gaza.org/ & http://www.vivapalestinamapim.blogspot.com/

Rombongan kapal dari Turki akan bergerak memecahkan tembok maut Israel. Bermula dengan konvoi dari seluruh Malaysia ke Stadium Melawati Shah Alam pada 8 Mei 2010 dan pertengahan Mei akan masuk ke GAZA.

AYUH ! BEBASKAN MEREKA DARI TEMBOK MAUT ISRAEL !

KONVOI NASIONAL UNTUK GAZA anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

MAPIM adalah komuniti penyelaras bagi inisiatif Malaysia untuk pembebasan Palestin.

Sasaran penyertaan 1000 kenderaan dari seluruh Malaysia yang akan berkonvoi menuju ke Shah Alam.

Objektif program adalah sebagai tanda sokongan padu kepada umat Islam di GAZA, Palestin dan juga untuk memberi kesedaran kepada umat Islam seluruh dunia mengenai penjajahan Israel terhadap Masjid Al Aqsa.

Penyertaan parti politik, NGO Islam, jabatan kerajaan, masjid-masjid seluruh Malaysia dan individu-individu prihatin dalam konvoi ini dialu-alukan.

Maklumat lanjut hubungi 019-4747141

BEBASKAN GAZA DAN SELAMATKAN AL-AQSA !

Monday, March 2, 2009

Laman web baru Yayasan Kasih Sayang N.Sembilan

Berikut ialah pautan laman web Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan yang baru di http://yksn9.blogspot.com

Sebarang pertanyaan hubungi Sdr Adnan Abdullah maayks@gmail.com

Wednesday, August 13, 2008

Masjid Dato’ Muar pusat bimbingan saudara baru

Sinar Harian 13 Ogos 2008
KUALA PILAH - Masjid Dato’ Muar di pekan Kuala Pilah digunakan oleh Yayasan Kasih Sayang (YKS) Negeri Sembilan sebagai pusat bimbingan saudara baru.

Presidennya, Muhammad Adnan Abdullah berkata, masjid milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) itu telah dibaik pulih dan YKS mengambil inisiatif untuk mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti anjurannya sejak tiga tahun lalu.

Beliau berkata, YKS sering mengadakan aktiviti keagamaan di masjid ini seperti kelas agama setiap Rabu dan majlis bacaan Yassin setiap malam Jumaat yang membabitkan penyertaan daripada saudara baru dan orang ramai.

“YKS juga menganjurkan program pada hari kebesaran Islam seperti Israk Mikraj dan aktiviti memeriahkan lagi Ramadhan yang bakal tiba ini,” katanya.

:Sementara itu, Timbalan Presiden 1 YKS, Redzuan Tahar menjelaskan pelbagai aktiviti sempena Ramadhan dan hari raya telah dirangka oleh YKS bagi meraikan saudara baru.

“Sepanjang Ramadhan kami akan mengadakan majlis berbuka puasa dan solat sunat terawih bersama-sama di masjid ini dan orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis,” katanya.

Manakala bagi sambutan hari raya pula, beliau menjelaskan satu program akan dijalankan iaitu Program Di Ambang Syawal di mana YKS akan sama-sama meraikan hari raya di masjid ini dengan saudara baru bermula pada hari terakhir Ramadhan.

“Kita akan menyediakan juadah berbuka bersama-sama dan pada sebelah malamnya pula kita akan memasak juadah hari raya untuk hidangan keesokan harinya bersama-sama saudara baru dan orang ramai di masjid ini juga,” jelas Redzuan.

Menurutnya, apa yang istemewa YKS akan menyediakan hidangan hari raya yang memenuhi menu utama semua bangsa dan bukan hanya ketupat dan rendang tetapi turut menghidangkan masakan India, Cina dan lain-lain lagi untuk menunjukkan bahawa agama Islam bersifat universal.

Selain itu, YKS akan menganjurkan satu Forum Bicara Kasih bersempena Majlis Malam Amal YKS 2008 pada 15 Ogos bermula jam 8 malam di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Seremban.

Mereka yang inginkan keterangan lanjut mengenai majlis ini boleh menghubungi talian 06-4810092 atau 019-2569724 (Redzuan) sebagai urusetia program berkenaan.

:YKS juga mempelawa saudara baru seluruh Negeri Sembilan untuk menghadiri program Di Ambang Syawal bagi sama-sama menyambut Aidilfitri dengan suasana meriah.

Saudara baru atau orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian di atas.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1839516.asp

Wednesday, March 19, 2008

Majlis Maulidur Rasul YKNS 29 Mac K Pilah

Muslimin dan muslimat dijemput ke
Majlis Maulidur Rasul 1429 H anjuran Yayasan Kasih Sayang N.Sembilan
Hari : Sabtu
Tarikh : 29 Mac 2008
Masa : 9 pagi – 2 ptg
Tempat : Masjid Tok Muar , Kuala Pilah

Tentatif Program :
9 pagi – Kehadiran jemputan dan sarapan pagi
9:30 pagi – Berzanji
11 pagi – Ceramah Khas Maulidur Rasul oleh Ustaz Muhammad Farid Ravi Abdullah , Pensyarah KUIS
12:30 tgh – Jamuan dan Solat Suhur
2 ptg – Penangguhan majlis

Maklumat lanjut hubungi YKSNS 06-4810092/0122 atau layari laman web YKSNS http://yksns.blogspot.com

Sunday, October 7, 2007

Jom Raya 12 Okt di Masjid Negeri, Seremban

Sempena Idil Fitri ini mereka yang tidak balik kampung adalah dijemput berHari Raya bersama saudara-saudara baru di Masjid Negeri, Seremban pada malam Raya hari Jumaat 12 Oktober. Program ini adalah anjuran Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan untuk meraikan saudara-saudara baru yang kebanyakkannya tiada kampung halaman untuk mereka pulang berhari raya.

Jom Raya bersama saudara baru, semoga kita mendapat pahala bersama.